Tuesday 19 March 2013

Jangan Jadi Pemalas

Apabila Islam dipisahkan dengan Sains maka ramai umatnya mengharapkan magik untuk berlaku tanpa mengambil logik & fakta sebagai sebahagian ramuannya. Jika Islam benar-benar mampu dimagik-kan, pasti Nabi dan tenteranya tidak kalah dalam perang Uhud.

Sebab itu, ramai yang malas belajar, malas bekerja pakat minum air jampi dari Al-Quran untuk hati jadi terang dan cerdik tanpa melalui proses pembelajaran dan kerjabuat (sains). Allah turunkan Al-Quran sebagai petunjuk yang nyata (nampak dan boleh dibuktikan = sains) dan bukannya satu sihir (magik). Bagi yang akan kata, jangan tafsir Islam dalam sudut logik, sila baca baik-baik post ini kerana saya tidak menafikan magis berlaku tetapi itu hak Allah dan bukan atas kawalan kita. Apa yang berhak pada kita ialah BERUSAHA. (Rujukan : Al-Ahkaaf, 7)

Pelajaran : Jangan jadi malas. Lagi baik jadi ahli magik yang bekerja dari tidak bekerja mengharapkan magik anda jadi kaya raya duit bertimbun, emas segunung. poooodahh !!!!!

No comments:

Post a Comment